Rufaidah,ikon doktor wanita
Jika di Eropah dan Amerika mengiktiraf Florence nightingale sebagai pelopor bidang perubatan moden tetapi lain plak citenye di Timur Tengah yang mengangkat nama srikandi islam,Rufaidah binti Sa’ad Al Bani Aslam Al khazraj sebagai doktor pertama dari kalangan muslimah di zaman Rasullullah SAW
.Perjuangan dan pengorbanannya amat dihargai oleh dunia islam.Sumbangan Rufaidah dalam bidang perubatan telah diaplikasikan secara turun temurun dan dari generasi ke generasi yang lain hingga dikenali di seluruh dunia.
BELAJAR DARI BAWAH
Tidak mustahil untuk Rufaidah menjadi seorang doktor yang terkenal kerana telah dilahirkan dari keluarga yang mengamalkan ilmu perubatan bermula daripada bapanya yang menjadi seorang doktor di daerah kelahirannya.
Rufaidah tidak kekok untuk membantu ayahnya menguruskan pesakit-pesakit yang dirawat dan bermula dari situ Rufaidah belajar sedikit demi sedikit ilmu perubatan yang membawa kepada kejayaanya hingga terkenal ke serata dunia.
Kerjayanya bermula apabila kota Madinah semakin berkembang pesat dan dia bertindak pantas dengan membina pusat perubatan kecil di luar masjid bagi membantu orang Muslim yang memerlukan.
TIDAK MEMBEZAKAN DARJAT
Terlalu banyak sumbangannya kpd dunia islam tnpa mengira status pesakit yang dirawatnya.sbagai contoh ktika perang Badar,Uhud,Khandaq,dia menjadi sukarelawan dengan merawat pejuang-pejuang islam yang terluka akibat berperang dengan musuh.
Langkahnya tdk berakhir di situ shj.Rufaidah juga bertekad mendirikan rumah sakit sehgga terkenal saat peperangan.Jasa baiknya telah dikenang oleh Nabi Muhammad sendiri hingga baginda memerintahkan mangsa yang terluka dirawat olehnya.
Demi menghidupkan ilmu yang dimilikinya hingga ke zaman sekarang ini,maka Rufaidah mengambil langkah bijak dengan melatih beberapa kelmpok wanita untuk menjadi sepertinya.Dia menggalakkan wanita-wanita tersebut untuk bekerja dan meminnta izin Nabi Muhammad SAW untuk ikut di baris belakang pertempuran untuk merawat mereka yang terluka.
Daripada segi aktiviti sosial,dia memberikan perhatian sepenuhnya kepada setiap pesakit tanpa mengira darjat sama ada miskin,anak yatim,bahkan mereka ynag kurang upaya turut dibntu.Dia juga merupakan penyokong advokasi pencegahan panyakit (preventive care) dan menyebarkan ilmu tentang betapa penntingnya penyuluhan (health education).
(SUMBER:DARA.COM)
No comments:
Post a Comment