Wednesday, June 15, 2011

cinta iu syurga ????

assalamualaikom ... bersame aq .. aishah zuraini ..
 bagi aku, cinta ni ada banyak fasa. bermula dengan fasa memikat hati orang yang korang suka, fasa post status cintan - cintun dalam facebook, dan banyak lagi  fasa - fasa yang akan dihadapi orang jenis macam aku ni. haha.

cinta yg terfaktab
fasa satu.
dulu, bila nakkan dia, bila dah tau dia tu tak ada siapa yang punya, kemain lagi kau pikat. bagi ayat bunga - bunga bagai la. cakap lembut - lembut je, konon nak bagi hati perempuan tu cair dengan korang. cakap pun nak 'good - good' je. masa tu memang korang nampak sangat gentle, plus korang memang cool dan sangat macho.
dan akhirnya, dengan usaha yang gigih, korang pun dapat awek tu. mula la kan berjanji bagai nak rak. awek yang lurus bendul tu pun mula la nak tanamkan kasih sayang dia dekat korang. (dah orang nak, takkan nak reject kan?) sadis. haha.

fasa dua.
dah mula dah tukar relationship status dalam facebook. "so sweeeeeeeeeeeeeettttt." siap update status "I sayang you sangat2!", "I miss u" dan blablablabla. dalam fasa ni, semuanya nampak indah. tiap - tipa hari rindu walaupun dah jumpa dua tiga kali, mesej pun dah penuh inbox, call pun tak kira petang siang malam. waktu ni nak gaduh pun kejap - kejap je. tak sampai setengah minit, mula la adegan pujuk - memujuk. #entahpape

fasa tiga.
dah tak ada masa dah nak manja - manja segala. kau buat hal kau, aku buat hal aku. waktu tu, mula la cik awek rasa diketepikan. konon cik pakwe dah lupakan dia. what the fish? dalam fasa ni, aku nak nasihatkan diri aku, sila la jadi seorang yang independent tanpa mengharapkan belas kasihan daripada sesiapa. eh? nasihat untuk orang lain jugak. dalam fasa ni, semuanya macam complicated, hubungan pun jadi renggang sikit. mungkin jugak dah mula rasa bosan. entah.

fasa empat.
kau pun dah mula bosan dengan perangai cik awek. memang menyampah tahap maksima bila dia merengek - rengek gedik rindukan kau sepanjang masa. "apsal awak ni dah takde life sendiri ke apa?" kau pun mula dah jadi panas baran tak tentu pasal, sebelum ni takde pulak nak hot tempered bagai. mungkin terlebih makan cili padi kot. dalam fasa ni jugak, sifat cemburu mula membuak - buak. pantang tengok cik awek layan orang lain sikit, kau terus panas. (kalau awek tu layan kawan - kawan dia, tu normal la. tapi kalau dah start nak menggatal dengan orang lain, sampai lupa status dia, aku pun mengamuk tahap gaban).

cinta yg terfaktab 2

fasa lima.
mula decide sama ada nak teruskan relationship atau putus. waktu ni kau rasa macam nak lepaskan cik awek sebab tahap baran kau dah sampai kemuncak. konon taknak cik awek rasa terluka dengan kau. jadi kau pun cakap macam tu dengan dia. kalau still nak teruskan hubungan, buat la post - morterm tentang hubungan korang sebelum ni macam mana, bawak berbincang kan lagi baik. ye dak?

lelaki – lelaki macho selalu berkata, "kalau kita sayangkan seseorang tu, baik kita lepaskan. kalau dia bahagia, aku pun rasa bahagia jugak." tapi kalau dia pun sayangkan kau, dan kau nak jugak lepaskan dia, tu bermakna kau salah. kau ingat senang ke nak carik orang yang betul - betul sayang kau, dan kau pun sayang dia. susah beb!

                                                            kebengongan tahap karma !!!


No comments:

Post a Comment